Saturday, September 4, 2021

BAB 18 - MINDA AKHIRAT MENCARI HIDAYAH - HIRAKI IBADAH MANUSIA



HIRAKI IBADAH MANUSIA

Seterusnya izinkan saya menghuraikan tentang ibadah makhluk. Kalau kita lihat ilustrasi yang saya susun di dalam gambarajah di atas ini anda akan dapati yang tugas binatang iaitu bekerja untuk mencari makanan dan minuman, tidur  dan menjalankan hubungan seks adalah termasuk dalam tugas yang dijalankan oleh binatang, patuh kepada apa yang diperintah Allah kepadanya. Secara tak langsung ini bermakna kalau kita hanya bekerja, makan, minum, tidur, seks dan sebagainya ini bermakna kita menjalankan ibadah yang paling rendah iaitu tahap ibadah yang serupa dengan binatang. Kita juga tahu yang makan, minum, tidur malah hubungan kelamin dengan pasangan kerana Allah adalah sebahagian dari ibadah. 

Kalau kita lihat para malaikat pula mereka menjalankan ritual ibadah saban hari tanpa jemu, mereka hanya menurut  perintah Allah yang di dalam diri mereka tiada perasaan jemu dan bosan. Mereka terus-terusan bertahmid, bertasbih, bertahlil dan melakukan apa juga yang diperintahkan oleh Allah Taala terhadap mereka saban hari tanpa soal. Ini bermakna tahap ibadah yang lebih tinggi dari tahap binatang ialah bila kita menjalankan ritual iaitu bersolat, mengaji, berpuasa,  berzikir mengingati Allah dan sebagainya.

Sebab itulah kita selalu sering mendengar orang berkata sekiranya kita hidup sekadar nak makan, minum, tidur dan menjalinkan hubungan seks lebih baik kita jadi binatang, tak perlulah kita menjadi manusia. 

Seterusnya ibadah tahap Khalifah iaitu tahap manusia. Tidak seperti binatang dan malaikat, manusia bukan hanya makan, minum, tidur malah menjalankan ibadah kepada Allah Taala dari segi Jasmani, Rohani dan Akal, kita juga berinteraksi dengan orang lain, berpersatuan, berkumpulan, berjemaah, menjalankan urusan jual beli, nasihat-menasihati, bantu-membantu, bertoleransi, bergotong-royong dan sebagainya.  Setakat ini belum lagi saya nampak harimau mahupun lembu bergotong-royong mahupun malaikat yang buat persatuan. Kitapun sering mendengar sesungguhnya orang yang paling baik ialah orang yang paling banyak  membawa manfaat kepada orang lain.

Malah kita juga pernah mendengar dua perkara yang paling disukai oleh Rasulullah SAW ialah memberi salam dan belanja orang makan. Kalau kita lihat di sini jelas yang  perkara yang baik dan disukai Rasulullah SAW itu ialah untuk kita menjalinkan hubungan sesama manusia. Inilah perbezaan antara manusia, malaikat dan binatang. Perbezaan yang begitu ketara. 

Seterusnya ibadah yang paling tinggi sebagai manusia ialah dengan menjalankan usaha dakwah demi untuk menyebarkan syiar Islam. Sama seperti yang dijalankan oleh para Nabi dan Rasul yang terdahulu.

Apakah kesimpulan yang kita dapat daripada gambarajah di atas sini?

Sebenarnya apa yang hendak disampaikan dialah apa juga yang kita jalankan tugas-tugas yang kita jalankan kata-kata yang kita keluarkan pemikiran yang berada di dalam benak kita semuanya itu sekiranya dilakukan dengan baik dan ikhlas kerana Allah Taala ia dikira sebagai ibadah. Bila kita pergi kerja dan niatkan kita kerja kerana Allah juga dapat pahala ibadah. InshaAllah. Apatah lagi bila kita bersolat dan berzikir kerana ia juga berada dalam rangkuman ibadah. Kita menyampaikan ilmu-ilmu Allah kepada mereka yang berada di sekeliling kita walaupun hanya dengan satu ayat juga satu amalan ibadah.

Sedekah dan Ibadah membawa definasi yang sama sebenarnya. Kedua-duanya untuk tujuan manfaat. Senyum itu satu sedekah membantu orang lain itu satu sedekah,  belanja orang belanja orang makan  satu sedekah malah menjalankan hubungan kelamin bersama isteri yang halal juga satu sedekah. Ini bermakna semua yang kita lakukan saban hari setiap saat boleh dijadikan sebagai  amal kebajikan atau ibadah. InshaAllah  dengan harapan kita mendapat keredhaan dari Allah Taala  dengan syarat bila kita menjalankan semua ini dengan niat ikhlas kerana Allah Taala dan perbuatan itu berada dalam rangkuman syariat.

Kita juga pernah mendengar kisah bilamana manusia-manusia yang penuh dengan noda dan dosa dihumban ke dalam neraka, dan bila mereka mengetahui hakikat sedekah amal kebajikan ini maka mereka memohon untuk dikembalikan ke dunia untuk menjalankan ibadah atau sedekah ini. Jadi selama kita masih hidup bernafas bernyawa dengan kudrat dan iradat  yang Allah Taala  kurniakan ini maka saban hari cubalah bangun dari tidur dan berfikir akan apakah manfaat yang boleh kita lakukan untuk  kebaikan ummah kemudian kita bangkit dan memulakan perjalanan hidup saban hari baik bekerja, berinteraksi atau apapun juga yang kita lakukan kita kena pastikan yang semua ini berada dalam rangkuman amal kebajikan, ibadah dan sedekah dan bukan sebaliknya dengan melakukan mahupun memperbanyakkan kemaksiatan. 

Kesimpulannya dalam hal ini ialah lebih baik kita perbanyakkan ibadah yang dengan ranking tertinggi tahap para Nabi dan Rasul iaitu sekiranya berkesempatan sampaikanlah ilmu-ilmu yang bermanfaat, lakukan amal jariah iaitu amalan yang yang membawa kepada pahala yang berterusan walaupun kita telah lama meninggal dunia. Contohnya membina masjid dan surau, menulis buku yang bermanfaat dan sebagainya. Kerja mencari duit, makan, minum, tidur dan sex dalah lebih baik dikurangkan kerana ia ibadah yang berada pada tahap yang rendah. 


4 JENIS IBADAH MANUSIA
Dikemaskini pada 25 April 2022

Secara bahasa ibadah berasal dari bahasa Arab Al-'ibadah.

Kata ini merupakan pola mashdar dari kata kerja 'abada-ya'budu yang bermakna ketaatan. Dalam syariah Islam, ibadah yang merupakan ketundukan atau ketaatan seorang hamba secara khusus kepada Allah diklasifikasikan menjadi empat jenis. 

Diantaranya berdasarkan jenis perbuatan hamba, kualitinya, keberadaan "illah di dalamnya, dan berdasarkan ruang lingkupnya serta berdasarkan hukum syariahnya.

Ustaz Isnan Anshory L dalam buku Silsilah Tafsir Ayat Ahkam terbitan Rumah Fiqih Publishing menjelaskan empat jenis ibadah berdasarkan perbuatan hamba. Di iaitu ibadah Qolbiyyah, Qowliyyah, Amaliyyah dan Maaliyyah.

1. Ibadah Qolbiyyah.

Maksud dari ibadah Qolbiyyah adalah setiap ibadah yang dilakukan oleh aktiviti di dalam hati. Ibadah ini meliputi aspek i'tiqod atau keyakinan seperti iman kepada wujud Allah SWT. Selain i'tiqod seperti cinta (mahabbah) kepada Allah SWT atau dalam bentuk tafakur (renungan dan fikiran) seperti merenungkan penciptaan Allah SWT.

2. Ibadah Qowliyyah

Maksud dari ibadah Qowliyyah adalah setiap ibadah yang dilakukan oleh aktiviti lisan. Seperti membaca Al Quran, bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir dan sebagainya.

3. Ibadah Amaliyyah

Maksud dari ibadah Amaliyyah adalah setiap ibadah yang dilakukan oleh aktiviti anggota tubuh. Seperti gerakan dalam solat, melakukan puasa, haji dan sebagainya.

4. Ibadah Maaliyyah

Maksud dari ibadah Maaliyyah adalah setiap ibadah yang dilakukan seorang hamba dengan mendermakan hartanya. Seperti menunaikan zakat dan bersedekah.

Faizal Yusup Al Haj
0166667430
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...

www.mindaakhirat.com

PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;


atau di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;


atau di Tik Tok, layari ;


1 comment:

  1. Kalau anda suka blog ini jangan lupa kongsikan kepada kawan dan sahabat handai...

    ReplyDelete

PENGENALAN BLOG MINDA AKHIRAT MENCARI HIDAYAH

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera. Selamat datang ke blog Minda Akhirat. Terima kasih kerana sudi singgah ke ...