Monday, September 6, 2021

BAB 9 - MINDA AKHIRAT MENCARI HIDAYAH - JANGKAMASA KEHIDUPAN DI DUNIA SECARA PURATA

JANGKAMASA KEHIDUPAN DI DUNIA SECARA PURATA

Bagi memulakan topik ini apa kata kita buat kajian mudah tentang jangkamasa hidup makhluk yang dicipta Allah di mukabumi ini;

 

Nyamuk 7-14 hari lepas tu MATI…

Lalat 28 hari lepas tu MATI…

Pepatung 4 bulan lepas tu MATI…

Cencurut 1 tahun lepas tu MATI…

Rama-rama 1 tahun lepas tu MATI…

Harimau 10 tahun lepas tu MATI…

Anjing 13 tahun lepas tu MATI…

Kucing 16 tahun lepas tu MATI…

Monyet 20 tahun lepas tu MATI…

Ikan Koi 40 tahun lepas tu MATI…

Belut 60 tahun lepas tu MATI…

Gajah 70 tahun lepas tu MATI…

MANUSIA 70 tahun lepas tu MATI…

Kura-kura 150 tahun lepas tu MATI…

Ikan Paus 200 tahun lepas tu MATI…

Kepah 500 tahun lepas tu MATI…

Semua kat atas tu makhluk Allah termasuk kita sebagai manusia. Setiap yang hidup pasti akan MATI!

Tapi kebanyakannya tak sempatpun nak hidup sampai jangkamasa tu.

Nyamuk baru hidup 2 hari dah kena bunuh dengan kita…

Kucing baru hidup 6 bulan dah kena langgar kereta…

Agaknya kalau kita jadi nyamuk apa yang kita minta?

Agaknya nak minta hidup lama kot.

La ni berapa umur kita? Berapa tahun lagi nak MATI yer?

Sudahlah, jangan gaduh-gaduh, cari persamaan bukan perbezaan, jangan buang masa sia-sia sebab kita dah tak ada banyak masa, kita dalam perjalanan menuju kematian.

Kita banyakkan yang wajib dan sunat. Kita elakkan yang makruh dan haram. Kita ikut perintah Allah dan kita tinggalkan laranganNya. Kita bina empangan saham akhirat banyak-banyak. Sampaikan sedekah amal jariah, ilmu yang bermanfaat dan didik anak agar menjadi anak yang soleh yang bakal mendoakan kita nanti. Kita jadi manusia yang menyenangkan dan bukan menyusahkan. Bawa manfaat dan bukan mudarat. InshaAllah.

Oleh itu kita kena ingat yang setiap detik dan saat kita hidup di dunia ini hakikatnya amat berharga. Jom berzikir supaya detik dan saat kita tak terbuang begitu sahaja. Sebenarnya nak berjaya di dunia perlukan strategi dan kalau nak berjaya di akhirat juga kita kena ada strategi juga.

Sebab kalau kita jadi nyamuk, lalat dan pepatung dah lama kita mati dah.

Tapi ramai hidup kat dunia ini ingat yang kita boleh hidup 1000 tahun agaknya.

Jom kita berminda akhirat!

Faizal Yusup Al Haj
0166667430
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...

www.mindaakhirat.com

PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;


atau di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;


atau di Tik Tok, layari ;


No comments:

Post a Comment

PENGENALAN BLOG MINDA AKHIRAT MENCARI HIDAYAH

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera. Selamat datang ke blog Minda Akhirat. Terima kasih kerana sudi singgah ke ...